Pengurusan Khairat
Pilihan anda
"Mewujudkan pengurusan KHAIRAT BERSISTEMATIK bagi manfaat semua UMMAH meliputi KEBAJIKAN yang MENYELURUH. Pengurusan pengebumian dilaksanakan secara CEPAT, PATUH SYARIAH & PROFESIONAL. DIKAWALSELIA oleh TRUSTEE & Pengenalan KAPTIF TAKAFUL"
HANYA RM50 setahun!
Yuran Pendaftaran RM20 (sekali seumur hidup)
KEAHLIAN untuk SEMUA
TEKUIS AS-SULAIMAN
"MUDAH, DIPERCAYAI"
DAFTAR & MANFAATKAN SOLUSI KHAIRAT TEKUIS AS-SULAIMAN untuk:
- KELUARGA DAN TANGGUNGAN
- BUJANG LELAKI / WANITA (terutamanya PERANTAU)
- SESIAPA SAHAJA (yang ingin memastikan anda dan tanggungan dilindungi)
- Pekerja dan ahli persatuan pertubuhan (manfaat khairat)
Di antara manfaat yang
bakal diperolehi oleh dengan menjadi ahli khairat TEKUIS AS-SULAIMAN adalah:
- Platform digital – semua maklumat secara ONLINE
- Pemakluman kematian menerusi platform dan juga pusat panggilan 24×7
- Pengurusan jenazah ahli/tanggungan melalui platform TEKUIS dengan KOS SIFAR kepada waris, di seluruh negara.
- Manfaat kesihatan yang akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
- Hanya dengan bayaran RM50 (setahun) dan juga RM20 (pendaftaran)
Maklumat pendaftaran TEKUIS
- Terbuka kepada semua penduduk Islam di Malaysia (tanpa had kekangan umur).
- Khairat (kematian) ini merangkumi ahli (diri) dan juga tanggungan iaitu isteri/suami, anak/anak-anak (dibawah 20 tahun atau masih belajar kecuali anak OKU). Anak yang sudah bekerja boleh mendaftar secara berasingan walaupun duduk serumah.
- Mereka yang berumur di atas 65 tahun PERLU mendaftarkan diri secara berasingan bersama tanggungannya sekiranya berkaitan (isteri/suami/anak OKU).
- Manfaat pengurusan pengebumian di seluruh negara merangkumi mandi, kafan, batu nisan sementara dan papan lahat, pengangkutan ke kubur, imam, urusan gali kubur.
- Bayaran tidak akan dikembalikan sekiranya anda ingin menamatkan keahlian TEKUIS.
- Maklumat lengkap berkaitan produk TEKUIS boleh diperolehi di SINI
Jangan Tunggu Lagi, Daftar Sekarang!
Jadilah perintis kepada penyatuan ummah melalui TEKUIS
TEKUIS - Rakan Khairat Anda
TEKUIS memastikan ekosistem pengurusan jenazah dilakukan merentasi SEMPADAN WAKTU (borderless) dan lokasi. Ianya bagi memastikan tiada bebanan kepada waris dan juga kepada keluarga terdekat.
Manfaat Khairat
Khairat merupakan pengurusan kebajikan yang lebih menyeluruh. Selain daripada kematian, TEKUIS juga menyantuni kebajikan peserta TEKUIS.
Platform Digital
Anda tidak perlu risau tentang pengurusan kariah anda, terlupa bayaran tahunan, manfaat hanya selepas urusan pengebumian, pemakluman tentang kematian ahli / tanggungan dan lain-lain perkara berkaitan khairat.
Pengurusan Patuh Syariah dan Profesional
Kami akan menguruskan proses pengebumian di lokasi yang terdekat (di kariahnya ataupun di kariah tempat jenazah meninggal)
Tiada Kos dikenakan sewaktu Pengurusan Jenazah
Selagi pengurusan pengebumian dilakukan di seluruh negara, kami memastikan ianya TANPA KOS kepada ahli dan juga waris/keluarga terdekatnya.
Kelulusan Produk TEKUIS
Penyertaan peserta khairah melalui ta’awun tabarru’ untuk para peserta persendirian/pertubuhan/
syaraikat.
Dana khairat ini akan turut dikawalselia oleh pihak institusi Amanah (trustee) yang didaftar di bawah Akta Syarikat Amanah 1949.
Kadar Selaras Perkhidmatan
Yuran penyertaan khairat
peserta berjumlah
RM 50.00 setahun.
Pendaftaran sebanyak
RM 20.00 dikenakan.
Catatan TEKUIS
Tekan butang ‘Play’ untuk menonton video.